theme-sticky-logo-alt
April 14, 2026
178 Views

“Beliau Merupakan Inspektor Yang Menghidap Masalah Mental,”-Fadil Marsus

Pemandu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes langgar lari seorang anggota polis trafik pada Jumaat lepas disahkan sebagai seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor yang menghidap masalah mental. Menurut Bernama Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata lelaki berusia 40 tahun itu dikesan menghidap skizofrenia dan sedang menjalani cuti perubatan khas. Katanya tangkapan ke... Read More

Pemandu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes langgar lari seorang anggota polis trafik pada Jumaat lepas disahkan sebagai seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor yang menghidap masalah mental.

Menurut Bernama Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata lelaki berusia 40 tahun itu dikesan menghidap skizofrenia dan sedang menjalani cuti perubatan khas.

Katanya tangkapan ke atas suspek itu dibuat pada kira-kira jam 3.45 petang semalam di Jalan Empat, Chan Sow Lin selepas anggota Unit Kawalan Lalu Lintas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur mengesan kenderaannya di sekitar Jalan Cheras.

Menurut Fadil, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading