theme-sticky-logo-alt
October 14, 2026
14 Views

“Kerajaan Digesa Batal Syarat Simpanan RM 15,000 Kepada Jemaah Haji,”-Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membatalkan syarat simpanan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji (TH) sebelum jemaah dibenarkan menunaikan ibadah haji kerana dianggap membebankan golongan berpendapatan rendah. Menurut Berita Harian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, syarat berkenaan wajar dikaji semula bagi memastikan TH terus memainkan peranan memudahkan urusan umat Islam menunaikan rukun... Read More

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membatalkan syarat simpanan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji (TH) sebelum jemaah dibenarkan menunaikan ibadah haji kerana dianggap membebankan golongan berpendapatan rendah.

Menurut Berita Harian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, syarat berkenaan wajar dikaji semula bagi memastikan TH terus memainkan peranan memudahkan urusan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu.

Kebanyakan umat Islam di Malaysia lazimnya menunaikan haji secara berpasangan, sekali gus memerlukan simpanan berjumlah RM30,000 dalam akaun masing-masing.

“Umumnya rakyat kita, orang Islam di Malaysia ini pergi haji berdua. Kalau dua orang makna RM30,000 kena ada dalam akaun yang tak boleh disentuh sampai mereka pergi haji.

“Jumlah itu bagi orang kampung ini satu jumlah yang sangat besar. Kalau dah kita senarai mereka dapat pergi haji, mereka sudah tahu untuk sediakan duit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan mekanisme pelaksanaan syarat berkenaan, khususnya sama ada wang yang diwajibkan disimpan itu dikategorikan sebagai simpanan atau pelaburan.

Katanya, sekiranya wang tersebut digunakan TH untuk tujuan pelaburan, keuntungan yang diperoleh sewajarnya dikembalikan kepada pendeposit.

“Untuk masukkan jumlah RM30,000 dalam akaun baru dapat pergi haji, saya nak tanya, apa mekanisme dibuat? Apakah ini simpanan atau pelaburan? Sebab TH guna duit simpanan ini sebagai pelaburan.

“Kalau pelaburan, keuntungan mesti dikembalikan kepada penyimpan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat membatalkan syarat tersebut dan mempertimbangkan mekanisme alternatif yang tidak membebankan bakal jemaah, khususnya mereka yang telah membuat perancangan untuk menunaikan haji.

“Saya harapkan dapat dibatalkan dan cari mekanisme lain. Jangan menyusahkan rakyat dan mereka yang dah ada perancangan untuk pergi haji,” tegasnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading