theme-sticky-logo-alt
April 14, 2026
4 Views

Leeds Benam United Di Old Trafford

Leeds United mencipta kejutan apabila menewaskan Manchester United 2-1 di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris Skuad kendalian Daniel Farke bermula garang apabila mendahului seawal minit awal menerusi jaringan Noah Okafor sebelum penyerang itu sekali lagi menggandakan kelebihan dalam babak pertama. Pasukan tuan rumah yang dibimbing Michael Carrick jelas bergelut sepanjang separuh masa pertama... Read More

Leeds United mencipta kejutan apabila menewaskan Manchester United 2-1 di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris

Skuad kendalian Daniel Farke bermula garang apabila mendahului seawal minit awal menerusi jaringan Noah Okafor sebelum penyerang itu sekali lagi menggandakan kelebihan dalam babak pertama.

Pasukan tuan rumah yang dibimbing Michael Carrick jelas bergelut sepanjang separuh masa pertama apabila ketinggalan dua gol tanpa balas.

Keadaan bertambah buruk buat United apabila pertahanan mereka, Lisandro Martínez, dilayangkan kad merah pada babak kedua selepas insiden menarik rambut lawan, sekali gus memaksa pasukan itu beraksi dengan 10 pemain.

Casemiro berjaya merapatkan kedudukan namun kebangkitan itu tidak cukup untuk mengelakkan kekalahan di laman sendiri.

Kemenangan tersebut cukup bermakna buat Leeds United apabila ia merupakan kemenangan liga pertama mereka di Old Trafford dalam tempoh 45 tahun sekali gus menyuntik semangat dalam usaha mengelak penyingkiran.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading