Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan sekeras-kerasnya penyebaran imej palsu di media sosial yang mengaitkan Mohamad Sabu dengan dakwaan menggalakkan penjawat awam menanam ganja di rumah.
“Kenyataan tersebut adalah fitnah dan manipulasi digital yang tidak benar serta boleh mengelirukan orang awam kerana YB Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, satu laporan rasmi telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan dijalankan serta tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak menyebarkan kandungan tidak sahih serta sentiasa merujuk kepada saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat.








