theme-sticky-logo-alt
April 12, 2026
113 Views

Kes Vivy Yusof Dan Suami Dibicara Esok

Kes melibatkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar berhubung dakwaan penyelewengan dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad dijadualkan mula dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini esok. Menurut Malaysia Gazette perbicaraan hari pertama dan 14 hari seterusnya akan didengar  minggu ini serta pada Mei dan... Read More

Kes melibatkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar berhubung dakwaan penyelewengan dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad dijadualkan mula dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Menurut Malaysia Gazette perbicaraan hari pertama dan 14 hari seterusnya akan didengar  minggu ini serta pada Mei dan Jun.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan berjumlah RM8 juta milik PNB dan Khazanah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Bukit Damansara, di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading