Hamzah Zainuddin dilaporkan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, dengan pengumuman rasmi mengenai penggantinya dijangka dibuat dalam masa terdekat oleh Perikatan Nasional (PN).
Menurut Sinar Harian perkara itu telah disahkan oleh pengerusi perikatan national Ahmad Samsuri Mohktar,susulan peletakan jawatan itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, untuk menghantar surat rasmi bagi memaklumkan kekosongan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.
“Apabila kita hantar surat menyatakan berlaku kekosongan, maka secara automatik jawatan itu dikosongkan. Datuk Seri Hamzah Zainuddin bukan lagi Ketua Pembangkang,” katanya menerusi rakaman video di media sosial pada Ahad.








