theme-sticky-logo-alt
April 12, 2026
260 Views

“Isu Ini Selalunya Bermula Dengan Pembinaan Tanpa Kelulusan,”- N Sivakumar

Presiden Majlis Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima), Datuk N Sivakumar berkata, isu pembinaan rumah ibadat bukan Islam tanpa kelulusan sah sering menjadi polemik berulang yang akhirnya mencetuskan perbincangan lebih luas dalam kalangan masyarakat. Menurut Malaysia Gazette, kebanyakan isu tersebut berpunca daripada kekeliruan berkaitan status tanah serta prosedur kelulusan sebelum ia berkembang menjadi... Read More

Presiden Majlis Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima), Datuk N Sivakumar berkata, isu pembinaan rumah ibadat bukan Islam tanpa kelulusan sah sering menjadi polemik berulang yang akhirnya mencetuskan perbincangan lebih luas dalam kalangan masyarakat.

Menurut Malaysia Gazette, kebanyakan isu tersebut berpunca daripada kekeliruan berkaitan status tanah serta prosedur kelulusan sebelum ia berkembang menjadi pertikaian yang melibatkan pelbagai pihak.

“Isu ini selalunya bermula dengan pembinaan tanpa kelulusan dan ia boleh berlarutan jika tidak ditangani mengikut saluran yang betul.

“Justeru, pemahaman terhadap undang-undang serta prosedur tanah amat penting supaya pengurusan rumah ibadat dapat dilaksanakan secara tersusun dan mematuhi peraturan,” ujarnya.

“Contohnya, jika seseorang memiliki tanah secara sah, apakah proses yang perlu dilalui bagi memastikan penggunaan tanah itu mematuhi saluran yang betul,” jelas beliau.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading