theme-sticky-logo-alt
April 2, 2026
85 Views

“Lupakan PN Move On Sahajalah,”-Tun Faisal

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menyarankan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin dan kumpulan pemimpin yang menyokongnya “move on” dan melupakan Perikatan Nasional (PN). Dalam satu kenyataan, beliau mencadangkan agar pihak berkenaan menyertai gagasan seperti “Rumah Bangsa” dan “Kolaborasi Agung” yang dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi. “Lupakan PN. Move on sahajalah. Kan... Read More

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menyarankan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin dan kumpulan pemimpin yang menyokongnya “move on” dan melupakan Perikatan Nasional (PN).

Dalam satu kenyataan, beliau mencadangkan agar pihak berkenaan menyertai gagasan seperti “Rumah Bangsa” dan “Kolaborasi Agung” yang dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

“Lupakan PN. Move on sahajalah. Kan lebih elok join Rumah Bangsa dan Kolaborasi Agung tajaan Zahid Hamidi. Penat je ada Langkah Bangkok,” katanya.

Tun Faisal turut menggesa supaya semua pihak termasuk kumpulan yang dikaitkan dengan akuan bersumpah (SD) dan penyokong mereka menyertai parti sedia ada yang sanggup menerima mereka.

“Masuk je parti yang janjikan dia jadi TPM,” katanya lagi.

Beliau turut mencadangkan agar Zahid memastikan semua ahli parlimen dan adun yang terlibat terus bertanding di kerusi masing-masing pada pilihan raya umum akan datang, termasuk kerusi Larut.

Selain itu, Tun Faisal menggesa supaya janji berkaitan pelantikan sebagai timbalan perdana menteri dituntut semula seperti yang didakwa disebut dalam rundingan sebelum ini.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan pihak terlibat supaya meneliti semula Akta Anti-Lompat Parti Malaysia serta bermuhasabah berhubung sumpah dan baiah yang pernah dilafazkan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading