theme-sticky-logo-alt
March 30, 2026
20 Views

Hakim Danish Bangkit Dari P25 Ke P13

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan tunggangan kemas apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di Litar Austin di tempat ke-13 meskipun memulakan saingan dari petak ke-25, awal pagi tadi. Penunggang berusia 18 tahun itu berdepan cabaran selepas mengalami kemalangan dalam sesi kelayakan pertama, sekali gus gagal mencatat masa dan terpaksa bermula dari... Read More

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, mempamerkan tunggangan kemas apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di Litar Austin di tempat ke-13 meskipun memulakan saingan dari petak ke-25, awal pagi tadi.

Penunggang berusia 18 tahun itu berdepan cabaran selepas mengalami kemalangan dalam sesi kelayakan pertama, sekali gus gagal mencatat masa dan terpaksa bermula dari petak terakhir perlumbaan.

Bagaimanapun, dia berjaya memperbaiki kedudukan secara berperingkat sepanjang perlumbaan sebelum menamatkan saingan di tempat ke-13 untuk menambah tiga mata dalam pungutan keseluruhan musim ini.

Sebelum ini, Hakim Danish menamatkan GP Brazil di kedudukan ke-10 minggu lalu dan kini menghuni tangga ke-14 keseluruhan dengan kutipan 9 mata selepas tiga perlumbaan musim ini. – Stadium Astro

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading