theme-sticky-logo-alt
March 30, 2026
38 Views

Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Pemandu Disyaki Dibawah Pengaruh Alkohol

Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, pagi semalam. Menurut Bernama,kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, mangsa yang merupakan lelaki berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tercampak akibat pelanggaran berkenaan. Ketua Polis Daerah... Read More

Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, pagi semalam.

Menurut Bernama,kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, mangsa yang merupakan lelaki berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tercampak akibat pelanggaran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey, berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City dipandu suspek berusia 20-an bergerak dalam keadaan laju dan berbahaya menghala ke Bandar Klang.

Menurutnya, suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.

Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke atas Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif alkohol serta dadah,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading