LONDON: Bintang Liverpool, Mohamed Salah mengumumkan akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim 2025/2026, sekali gus menamatkan hampir sembilan tahun kariernya bersama The Reds.
Pemain antarabangsa Mesir itu membuat keputusan tersebut selepas mencapai persetujuan dengan pihak kelab untuk berpisah lebih awal, walaupun kontraknya masih berbaki.
Salah yang menyertai Liverpool dari AS Roma pada 2017 telah muncul sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah kelab itu, dengan membantu pasukan meraih pelbagai kejuaraan termasuk Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.
Sepanjang tempohnya di Anfield, beliau telah menjaringkan 255 gol dalam 435 penampilan, sekali gus meletakkannya sebagai penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman Liverpool.








