theme-sticky-logo-alt
March 23, 2026
80 Views

KKM: Bekalan Ubat Dalam Negara Stabil Dan Terkawal

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bekalan ubat-ubatan dalam negara ketika ini kekal stabil dan terkawal, meskipun berlaku konflik di Timur Tengah. Dalam kenyataan media, Kementerian Kesihatan Malaysia berkata berdasarkan penilaian semasa, kesan konflik tersebut terhadap bekalan ubat bagi jangka masa pendek adalah minimum. Menurut KKM, paras stok ubat di fasiliti kementerian disimpan antara satu hingga... Read More

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bekalan ubat-ubatan dalam negara ketika ini kekal stabil dan terkawal, meskipun berlaku konflik di Timur Tengah.

Dalam kenyataan media, Kementerian Kesihatan Malaysia berkata berdasarkan penilaian semasa, kesan konflik tersebut terhadap bekalan ubat bagi jangka masa pendek adalah minimum.

Menurut KKM, paras stok ubat di fasiliti kementerian disimpan antara satu hingga tiga bulan bergantung kepada keperluan penggunaan. Bekalan itu turut disokong oleh stok penimbal tambahan sehingga dua bulan di peringkat syarikat konsesi bagi ubat-ubatan yang dibekalkan melalui konsesi logistik.

KKM turut menjelaskan bahawa pemantauan bekalan ubat dilaksanakan secara berterusan melalui mekanisme sedia ada, termasuk sistem pelaporan gangguan bekalan oleh Pemegang Pendaftaran Produk (PRH) yang dikendalikan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Sehingga 22 Mac 2026, kementerian itu memaklumkan tiada peningkatan trend dalam pelaporan PRH yang melibatkan gangguan bekalan ubat-ubatan dikesan.

Maklum balas daripada industri farmaseutikal tempatan pula menunjukkan pengilang mempunyai stok bahan mentah sehingga tiga bulan dan produk siap sekitar dua bulan. Dalam masa sama, pihak pengimport turut menjalankan pemantauan rapi terhadap rantaian bekalan masing-masing.

KKM berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan konflik di Timur Tengah dengan teliti serta komited mengambil langkah proaktif, termasuk penubuhan pasukan petugas yang terdiri daripada industri farmaseutikal dan pemegang taruh berkaitan.

Pasukan itu bertujuan memastikan keterjaminan bekalan ubat, khususnya melibatkan ubat-ubatan di bawah Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEML) di Malaysia.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading