theme-sticky-logo-alt
March 21, 2026
732 Views

“Kita Tidak Boleh Terima Orang Yang Kurang Ajar,”- Agong

Sultan Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan rakyat mesti terus dipelihara dan sebarang anasir yang mencetuskan perpecahan perlu dibanteras tanpa kompromi. Menurut kenyataan menerusi Instagram, Agong usaha memelihara perpaduan bukan sekadar melalui undang-undang atau perbincangan pemimpin, sebaliknya perlu dipupuk dalam amalan harian masyarakat. “Kita sebagai rakyat Malaysia, jangan lupa Lima Prinsip Rukun Negara yang juga menyatakan prinsip... Read More

Sultan Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan rakyat mesti terus dipelihara dan sebarang anasir yang mencetuskan perpecahan perlu dibanteras tanpa kompromi.

Menurut kenyataan menerusi Instagram, Agong usaha memelihara perpaduan bukan sekadar melalui undang-undang atau perbincangan pemimpin, sebaliknya perlu dipupuk dalam amalan harian masyarakat.

Kita sebagai rakyat Malaysia, jangan lupa Lima Prinsip Rukun Negara yang juga menyatakan prinsip ‘Kesopanan dan Kesusilaan’,” menurut kenyataan itu

“Ia mesti melibatkan penerapan amalan peradaban seharian dalam kalangan rakyat. Adab ini perlu dipupuk dan diingatkan dari semasa ke semasa,” titah Seri Paduka Baginda.

“Saya percaya sebahagian besar rakyat Malaysia tahu untuk membawa diri dengan adab yang baik dalam kehidupan seharian dan suara majoriti ini mesti mengatasi serta mendiamkan suara yang tidak beradab,” menurut kenyataan Agong.

Sultan Ibrahim turut merujuk kepada beberapa siri insiden yang mengguris hati rakyat sebelum ini seperti isu stokin tertera Kalimah Allah, bendera Negara dikibar terbalik, memijak Al-quran, dan kedengaran golongan kurang ajar di masjid serta mulut dan jari celupar mengapi-apikan kemarahan, kebencian dan perpecahan

“Kita tidak boleh terima orang yang kurang ajar, sama ada antara kaum yang berbeza mahupun dalam kalangan kaum itu sendiri,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda percaya majoriti rakyat Malaysia adalah individu yang beradab dan tahu membawa diri. Oleh itu, suara golongan majoriti ini perlu lebih dominan untuk mendiamkan kelompok kecil yang tidak beradab.

Selain itu, Sultan Ibrahim menitahkan agar pihak berkuasa menguruskan isu-isu sensitif dengan berhemah iaitu mengambil kira semua aspek agar tiada ruang untuk kesilapan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading