Liverpool menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas membelasah Galatasaray 4-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik di Anfield, sekali gus mara dengan agregat 4-1.
Kemenangan itu hadir selepas skuad kendalian Arne Slot ketinggalan 0-1 pada perlawanan pertama di Istanbul, namun bangkit dengan persembahan dominan di hadapan The kop.
Liverpool membuka jaringan menerusi Dominik Szoboszlai sebelum Hugo Ekitike dan Ryan Gravenberch menambah dua gol dalam babak kedua. Mohamed Salah melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah, sekali gus menandakan gol ke-50 beliau dalam saingan Liga Juara-Juara.
Pasukan pelawat gagal menyaingi intensiti perlawanan dengan asakan bertali arus tuan rumah.
Keputusan tersebut menyaksikan Liverpool mara ke suku akhir dan dijadual berdepan Paris Saint-Germain, sekali gus menghidupkan semula peluang mereka untuk mencabar kejuaraan Eropah musim ini.








