theme-sticky-logo-alt
July 27, 2026
35 Views

F1 Kembali Ke Sepang Pada Oktober

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) bagi pihak Grand Prix Bahrain pada Oktober ini, menurut sumber yang dipetik ESPN. Grand Prix Bahrain pada asalnya dijadualkan berlangsung pada April lalu, namun ditangguhkan pada Mac bersama Grand Prix Arab Saudi susulan perang di Iran. Bahrain sebelum ini berharap perlumbaan berkenaan dapat dijadualkan... Read More

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) bagi pihak Grand Prix Bahrain pada Oktober ini, menurut sumber yang dipetik ESPN.

Grand Prix Bahrain pada asalnya dijadualkan berlangsung pada April lalu, namun ditangguhkan pada Mac bersama Grand Prix Arab Saudi susulan perang di Iran.

Bahrain sebelum ini berharap perlumbaan berkenaan dapat dijadualkan semula pada 4 Oktober, iaitu pada hujung minggu di antara perlumbaan di Azerbaijan dan Singapura.

Bagaimanapun, peningkatan konflik pada bulan ini menyebabkan perancangan tersebut tidak dapat diteruskan.

Susulan itu, Litar Antarabangsa Sepang, yang kali terakhir menjadi tuan rumah perlumbaan F1 pada 2017, tampil sebagai venue untuk menganjurkan perlumbaan pada hujung minggu berkenaan.

Memandangkan Bahrain masih bersedia menanggung kos penganjuran, perlumbaan itu dijangka dipersembahkan sebagai Grand Prix Bahrain yang berlangsung di Malaysia.

Namun, nama rasmi perlumbaan tersebut masih belum diputuskan.

Sepang sebelum ini merupakan antara venue popular dalam kalendar F1 sebelum digugurkan selepas penganjuran edisi 2017.

Menurut sumber ESPN, beberapa perbincangan telah berlangsung sejak beberapa hari lalu berhubung aspek kewangan perlumbaan, termasuk pihak yang akan menanggung kos serta nama rasmi acara berkenaan.-Berita Harian Online

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading