Ketua Bahagian Port Dickson Badrul Hisham Shaharin dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Chegubard berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh setiausaha Lembaga Disiplin parti melalui aplikasi WhatsApp kira-kira jam 6 petang.
Ternyata parti tidak lagi memperjuangkan isu rakyat, parti yang presidennya mementingkan hanya kelompok tertentu, yang mengugut semua orang supaya mengikut telunjuk pejabat presiden semata-mata,” katanya kepada FMT.
Chegubard yang sebelum ini dipilih sebagai ketua Bersatu Port Dickson pada November 2024 turut menegaskan komitmennya untuk meneruskan perjuangan politik meskipun tidak lagi bersama parti itu.
Terdahulu, Badrul mendedahkan menerima notis tunjuk sebab daripada lembaga disiplin parti pada 10 Mac berhubung beberapa dakwaan, termasuk tuduhan mencemarkan imej dan nama parti.
Beliau diberi tempoh sehingga semalam untuk menjawab notis itu, namun enggan berbuat demikian kerana menganggap perkara yang dibangkitkan ‘tidak masuk akal’.








