theme-sticky-logo-alt
March 19, 2026
30 Views

Barcelona Belasah Newcastle

Barcelona mempamerkan aksi luar biasa apabila membelasah Newcastle United 7-2 dalam aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Camp Nou, sekali gus mara dengan agregat 8-3 ke suku akhir. Skuad kendalian Hansi Flick itu bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Raphinha, namun Newcastle sempat bangkit menyamakan kedudukan menerusi Anthony Elanga... Read More

Barcelona mempamerkan aksi luar biasa apabila membelasah Newcastle United 7-2 dalam aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara di Camp Nou, sekali gus mara dengan agregat 8-3 ke suku akhir.

Skuad kendalian Hansi Flick itu bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit keenam menerusi Raphinha, namun Newcastle sempat bangkit menyamakan kedudukan menerusi Anthony Elanga kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Barcelona kembali di hadapan menerusi Marc Bernal sebelum Lamine Yamal menambah kelebihan melalui sepakan penalti pada penghujung babak pertama, sekali gus memberi kelebihan buat tuan rumah.

Memasuki separuh masa kedua, Barcelona terus menggandakan jaringan menerusi Fermin Lopez serta dua jaringan Robert Lewandowski, selain satu lagi gol tambahan yang melengkapkan malam gemilang The Catalonia.

Kemenangan besar itu menyaksikan Barcelona melangkah ke suku akhir, sekali gus mengukuhkan status mereka sebagai antara pencabar utama kejuaraan musim ini.-Harian Metro

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading