theme-sticky-logo-alt
July 29, 2026
117 Views

“Dalam Satu Gabungan Ada Dua Manifesto Mana Satu Nak Pakai?”- Muhyiddin Yassin

PORT DICKSON: Pengundi Negeri Sembilan diingatkan agar tidak terpedaya dengan kerjasama yang didakwa terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini. Menurut Malaysia Gazette,Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun kedua-dua parti membentuk pakatan menerusi pembahagian kerusi yang ditandingi, masing-masing tampil dengan... Read More

PORT DICKSON: Pengundi Negeri Sembilan diingatkan agar tidak terpedaya dengan kerjasama yang didakwa terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini.

Menurut Malaysia Gazette,Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun kedua-dua parti membentuk pakatan menerusi pembahagian kerusi yang ditandingi, masing-masing tampil dengan manifesto pilihan raya berbeza.

Beliau turut berkata situasi itu dianggap aneh dan boleh menimbulkan percanggahan mengenai manifesto parti mana yang akan dilaksanakan sekiranya gabungan berkenaan berjaya membentuk kerajaan negeri selepas pengundian Sabtu ini.

“Barisan Nasional keluar manifesto, kemudian selang beberapa hari, Perikatan Nasional pula keluar manifesto sendiri.

“Dalam satu gabungan, ada dua manifesto. Mana satu yang mereka hendak pakai? Kita tidak tahu. Jadi, dua-dua tidak boleh pakai.

“Satu pihak kata hendak buat ini, satu lagi pula kata hendak buat itu, walaupun mereka berada dalam satu gabungan.

“Mereka bergabung sementara sahaja, ‘cium mulut’ sementara sahaja.

“Kalau ada dua manifesto, jelas mereka tidak boleh mempercayai antara satu sama lain. Jadi, rakyat Negeri Sembilan jangan tertipu dengan mereka,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Rapat Rakyat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bersatu Bandar Sunggala, di sini semalam

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading