theme-sticky-logo-alt
September 9, 2026
176 Views

Majlis Setiausaha PH Beri Dorongan Kepada Kerajaan Madani Untuk Perangi Rasuah Dan Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong usaha Kerajaan MADANI dalam memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa, selain memastikan setiap kes disiasat secara menyeluruh tanpa kompromi. Majlis Setiausaha PH dalam kenyataan media berkata, gabungan itu turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini supaya setiap kes berkaitan disiasat dengan menyeluruh tanpa... Read More

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong usaha Kerajaan MADANI dalam memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa, selain memastikan setiap kes disiasat secara menyeluruh tanpa kompromi.

Majlis Setiausaha PH dalam kenyataan media berkata, gabungan itu turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini supaya setiap kes berkaitan disiasat dengan menyeluruh tanpa mengira mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Menurut kenyataan itu, PH sejak awal membawa perjuangan reformasi institusi, tatakelola yang baik serta penolakan terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa terutama yang melibatkan kes-kes berprofil tinggi perlu menjalani sepenuhnya tempoh hukuman yang ditetapkan oleh mahkamah,” menurut kenyataan itu.

PH juga mengingatkan bahawa beberapa kes rasuah berprofil tinggi sebelum ini telah memberi kesan besar terhadap nama dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, manakala usaha beberapa tahun kebelakangan ini telah membantu memulihkan keyakinan terhadap institusi, tatakelola serta keupayaan negara menangani rasuah dan salah guna kuasa.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1