theme-sticky-logo-alt
March 16, 2026
141 Views

KJ Serah Surat Rayuan Kembali Sertai Umno

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan menerima surat rayuan daripada Khairy Jamaluddin untuk kembali menyertai parti itu. Dalam satu hantaran di Facebook, Zahid berkata beliau menerima kunjungan Khairy pada malam ke-26 Ramadan semalam, yang hadir menyerahkan sendiri surat rayuan tersebut. “Alhamdulillah. Dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya menerima kunjungan saudara Khairy Jamaluddin, yang hadir... Read More

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan menerima surat rayuan daripada Khairy Jamaluddin untuk kembali menyertai parti itu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Zahid berkata beliau menerima kunjungan Khairy pada malam ke-26 Ramadan semalam, yang hadir menyerahkan sendiri surat rayuan tersebut.

“Alhamdulillah. Dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya menerima kunjungan saudara Khairy Jamaluddin, yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama Umno,” katanya.

Menurut Zahid, perkara itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha penyatuan yang digerakkan melalui inisiatif “Rumah Bangsa”.

“Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa. Sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan, dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan,” katanya.

Beliau berkata secara peribadi telah menerima permohonan tersebut dan akan memanjangkannya kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk penelitian lanjut.

“Insya-Allah, secara peribadi saya telah menerima permohonan ini dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya,” katanya.

Menurut Zahid, usaha penyatuan adalah lebih penting dalam perjuangan politik dan tidak seharusnya membiarkan perpecahan berterusan.

“Dalam perjalanan perjuangan ini, seperti yang sering saya sebut — biduk lalu, kiambang bertaut. Yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar inisiatif Rumah Bangsa dapat menjadi asas untuk mempertemukan kembali pihak yang pernah berpisah serta memperkukuh kekuatan parti.

“Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan, dan mengembalikan kekuatan Umno sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading