theme-sticky-logo-alt
March 9, 2026
243 Views

STR Fasa 2 Diawalkan Sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula 10 Mac ini. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembayaran yang diawalkan itu bertujuan membantu rakyat membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menurut beliau, jumlah penerima bagi Fasa 2 meningkat kepada... Read More

PUTRAJAYA – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula 10 Mac ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembayaran yang diawalkan itu bertujuan membantu rakyat membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, jumlah penerima bagi Fasa 2 meningkat kepada 5.2 juta berbanding lima juta penerima pada Fasa 1 yang telah dibayar pada Januari lalu.

Bagi pelaksanaan Fasa 2, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion, meningkat berbanding RM1.1 bilion yang disalurkan pada Fasa 1 sebelum ini.

“Peluasan penerima ini membolehkan lebih ramai rakyat menikmati manfaat bantuan sosial kerajaan, khususnya ketika negara menghampiri perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Pembayaran STR Fasa 2 melibatkan 3.8 juta isi rumah serta 1.4 juta warga emas tanpa pasangan, dengan kadar bayaran antara RM100 hingga RM600 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Secara keseluruhan, peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 berjumlah RM15 bilion.-Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading