theme-sticky-logo-alt
March 9, 2026
434 Views

“Pertuduhan Itu Tidak Sah Di Sisi Undang-Undang”,-Hisyam Teh Poh Teik

Peguam utama kepada bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, mendakwa semua pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap anak guamnya adalah kabur dan dibuat dengan niat tidak baik ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Hisyam Teh Poh Teik, berhujah bahawa pertuduhan tersebut tidak menyatakan butiran terperinci mengenai bagaimana kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh. “Saya... Read More

Peguam utama kepada bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, mendakwa semua pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap anak guamnya adalah kabur dan dibuat dengan niat tidak baik ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hisyam Teh Poh Teik, berhujah bahawa pertuduhan tersebut tidak menyatakan butiran terperinci mengenai bagaimana kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh.

“Saya dengan penuh hormat menghujahkan pagi ini bahawa pertuduhan itu tidak sah di sisi undang-undang kerana tiada butiran mengenai bagaimana tertuduh ‘menggunakan kedudukannya’ seperti yang didakwa dalam pertuduhan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan itu telah pun dikemukakan sebelum ini ketika permohonan untuk membatalkan pertuduhan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin kemudian memutuskan supaya perbicaraan kes diteruskan seperti yang dijadualkan.

Wan Shaharuddin dalam mengemukakan kenyataan pembukaan bahawa jutaan ringgit mungkin tidak akan disalurkan ke akaun bank parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekiranya Muhyiddin bukan perdana menteri pada ketika itu.

Pendakwa raya juga berkata walaupun wang berkenaan tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi tertuduh, ia dimasukkan ke akaun parti tersebut, di mana Muhyiddin merupakan presidennya ketika itu.

Mahkamah turut diberitahu bahawa menteri kewangan ketika kesalahan didakwa berlaku hanya bertindak berdasarkan minit yang dibuat oleh tertuduh.

Perbicaraan kes rasuah melibatkan program Jana Wibawa itu bermula hari ini dengan seorang pegawai SPRM Mohd Syawaludin Said tampil sebagai saksi pertama pendakwaan. -Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading