theme-sticky-logo-alt
February 28, 2026
112 Views

“Kongress Pada Julai Bukan Kerana Tidak Puas Hati”-Anthony Loke

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan penganjuran kongres parti pada Julai ini bukan berpunca daripada ketidakpuasan hati atau ada kelemahan tertentu anggota, sebaliknya sebagai platform untuk menilai kemajuan dan hala tuju parti dalam kerajaan. Menurut beliau, DAP secara lazimnya tidak mengadakan kongres tahunan, sebaliknya kongres parti diadakan setiap tiga tahun bagi memilih Jawatankuasa Eksekutif Pusat... Read More

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegaskan penganjuran kongres parti pada Julai ini bukan berpunca daripada ketidakpuasan hati atau ada kelemahan tertentu anggota, sebaliknya sebagai platform untuk menilai kemajuan dan hala tuju parti dalam kerajaan.

Menurut beliau, DAP secara lazimnya tidak mengadakan kongres tahunan, sebaliknya kongres parti diadakan setiap tiga tahun bagi memilih Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu. Dalam tempoh antara tiga tahun itu, parti kebiasaannya mengadakan konvensyen nasional setiap 18 bulan.

“Kongress pada Julai ini bukan kerana ketidakpuasan hati atau ada kelemahan tertentu. Ia sebahagian daripada proses dan komitmen yang telah kita jelaskan sejak pilihan raya Sabah,” katanya dalam satu temu bual.

Anthony menjelaskan keputusan mempercepatkan kongres daripada September ke Julai dibuat bagi membolehkan parti menjalankan penilaian setengah tahun terhadap komitmen reformasi yang dijanjikan.

Menurut Loke, Julai merupakan masa terbaik untuk anggota parti bermuhasabah, membahaskan serta menentukan jalan ke hadapan DAP berdasarkan pencapaian setakat ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading