Seorang ahli perniagaan, Albert Tei, hari ini membangkitkan dakwaan berhubung pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, ketika berucap dalam perhimpunan “Tangkap Azam Baki” di pekarangan ibu pejabat agensi itu di Putrajaya.
“Bayangkan, seorang ketua pesuruhjaya SPRM memiliki saham memiliki saham bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat dikenali sebagai VeroCity serta RM1.38 juta dalam sebuah lagi syarikat yang dirujuknya sebagai “syarikat berwarna awan biru”. Katanya
Beliau turut mendakwa bahawa pada hujung tahun 2021, Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat lain dan mampu menyimpan wang tunai sebanyak RM3 juta.
“Selaku Pegawai SPRM, Saya tanya kamu?, Adakah kamu malu dengan ketua kamu? Malukan? Terima kasih. Soalnya
Selain itu, beliau membuat satu lagi dakwaan yang disifatkannya sebagai lebih serius, iaitu kononnya wujud pakatan dengan “korporat mafia” untuk merampas syarikat milik individu lain.
Tei juga mendakwa tindakan tersebut “dibenarkan oleh Azam Baki” dan merujuk kepada penangkapan mangsa melibatkan syarikat tersenarai di pasaran saham awam.








