theme-sticky-logo-alt
February 27, 2026
256 Views

Agong Direhatkan Susulan Sakit Musculoskeletal

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini sedang gering akibat mengalami kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul, menurut kenyataan rasmi daripada Istana Negara hari ini. Kesakitan itu menyebabkan Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan agar berehat sepenuhnya dan tidak menghadiri sebarang acara rasmi buat sementara waktu, bagi memberi ruang... Read More

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini sedang gering akibat mengalami kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang serta pinggul, menurut kenyataan rasmi daripada Istana Negara hari ini.

Kesakitan itu menyebabkan Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan agar berehat sepenuhnya dan tidak menghadiri sebarang acara rasmi buat sementara waktu, bagi memberi ruang kepada rawatan dan pemulihan yang sewajarnya.

Akibat keadaan kesihatan Baginda, Sultan Ibrahim tidak dapat berangkat menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, ketua perwakilan asing serta pegawai kanan kerajaan di Istana Negara kelmarin.

Selain itu, Istana Negara turut memaklumkan bahawa majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dijadualkan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu, yang akan dimaklumkan kemudian. -Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading