theme-sticky-logo-alt
February 25, 2026
197 Views

“Oh Kamu Tuduh PN Terima Duit Judi Bukan ‘Innuendo’ Pula?”- Wan Fayhsal

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa mempertahankan Ketua Pesuruhjaya  SPRM,Tan Sri Azam Baki susulan isu yang dibangkitkan sebelum ini. Menerusi satu hantaran di media sosial, Wan Fayhsal mempersoalkan PKR yang pernah mendakwa Perikatan Nasional (PN) dalam kes terdahulu. “Oh kamu tuduh PN terima duit judi... Read More

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa mempertahankan Ketua Pesuruhjaya  SPRM,Tan Sri Azam Baki susulan isu yang dibangkitkan sebelum ini.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Wan Fayhsal mempersoalkan PKR yang pernah mendakwa Perikatan Nasional (PN) dalam kes terdahulu.

“Oh kamu tuduh PN terima duit judi bukan ‘innuendo’ pula?” soal beliau, merujuk kepada dakwaan terdahulu terhadap Perikatan Nasional (PN).

Dalam hantaran sama, Wan Fayhsal turut mempersoalkan sama ada wujud hubungan antara Azam dan pemimpin tertentu dalam PKR.

“Ada kena mengena ke antara Azam Baki dengan bos-bos PKR? DAP pun desak RCI. PAN macam mana?” katanya lagi.

Kenyataan itu dilihat sebagai respons kepada laporan media yang memetik Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim sebagai berkata bahawa sesuatu tuntutan tidak wajar diasaskan kepada sangkaan atau ‘innuendo’ semata-mata.

Isu melibatkan Azam Baki sebelum ini menjadi perhatian pelbagai pihak termasuk parti-parti politik yang menggesa siasatan lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading