theme-sticky-logo-alt
February 24, 2026
998 Views

“Kami Berhak Untuk Marah Dan Kecewa,”-Arun Dorasamy

Aktivis Arun Dorasamy mempersoalkan  amalan “dwi standard” pihak berkuasa dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang cuba merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran rasmi. Dalam kenyataan beliau, Arun menggesa pihak berkuasa menjelaskan mengapa tindakan tegas diambil terhadap beberapa individu yang didakwa merobohkan rumah ibadat tetapi seolah-olah tidak turut dikenakan terhadap pihak lain dalam keadaan serupa. Arun turut... Read More

Aktivis Arun Dorasamy mempersoalkan  amalan “dwi standard” pihak berkuasa dalam penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang cuba merobohkan rumah ibadat tanpa kebenaran rasmi.

Dalam kenyataan beliau, Arun menggesa pihak berkuasa menjelaskan mengapa tindakan tegas diambil terhadap beberapa individu yang didakwa merobohkan rumah ibadat tetapi seolah-olah tidak turut dikenakan terhadap pihak lain dalam keadaan serupa.

Arun turut menimbulkan persoalan sama ada tindakan sama akan diambil sekiranya perkara itu melibatkan masjid atau surau, sambil mempertikaikan konsistensi dan keadilan pelaksanaan undang-undang terhadap semua rumah ibadat tidak kira agama.

Beliau juga menyingkap ketidakselesaan terhadap kes di mana seorang individu yang dikenali sebagai aktivis telah cuba merobohkan sebuah kuil di Rawang Perdana pada 11 Februari lalu, namun menurut Arun, individu itu seolah-olah “lepas begitu sahaja” tanpa tindakan yang setimpal, sedangkan ahli jawatankuasa kuil tersebut pula menghadapi tindakan undang-undang serta kemungkinan pengusiran.

“Jika kita terbalikkan senario ini, fikirkanlah… Jika isu ini berlaku kepada surau atau masjid, adakah situasinya akan jadi begini?

“Jadi, kita semua berhak untuk marah dan kecewa. Namun kita masih menunggu penyelesaian dengan tenang,” kata Arun

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading