theme-sticky-logo-alt
February 23, 2026
210 Views

“Kami Terus Menyokong Perikatan Nasional Yang Dipimpin Oleh PAS”- Hamzah

Seramai 19 ahli Parlimen diketuai Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu. Dalam satu kenyataan akaun media sosial miliknya, Hamzah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Samsuri dan menyifatkan pelantikan itu sebagai bukti “konsolidasi serius” bahawa PN benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada... Read More

Seramai 19 ahli Parlimen diketuai Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu.

Dalam satu kenyataan akaun media sosial miliknya, Hamzah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Samsuri dan menyifatkan pelantikan itu sebagai bukti “konsolidasi serius” bahawa PN benar-benar bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat serta membina negara.

“ Sebagai Ahli Parlimen, kami terus menyokong Perikatan Nasional yang dipimpin oleh PAS selaku parti tunjangnya.,” menurut kenyataan tersebut.

Antara yang menandatangani kenyataan tersebut ialah Hamzah (Larut), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu).

Turut menyatakan sokongan ialah Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor), Datuk Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Datuk Muslimin Yahaya (Sungai Besar), Datuk Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Zakri Hassan (Kangar), Roslan Hashim (Kulim Bandar Baharu), Fathul Huzir Ayob (Gerik), Kapten Azahari Hassan (Padang Rengas), Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Kalam Salan (Sabak Bernam) dan Islahuddin Abbas (Mersing).

Kenyataan itu hadir susulan pelantikan rasmi Samsuri sebagai pengerusi PN selepas mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan tersebut.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading