theme-sticky-logo-alt
February 23, 2026
368 Views

Johari Tolak Usul Bahas Isu Saham Azam Baki

PARLIMEN –Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, yang mahu Dewan Rakyat membahaskan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam dua syarikat tersenarai. Johari berkata permohonan usul itu tidak diterima kerana kerajaan telah menubuhkan... Read More

PARLIMEN –Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, yang mahu Dewan Rakyat membahaskan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam dua syarikat tersenarai.

Johari berkata permohonan usul itu tidak diterima kerana kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara tersebut, dan oleh yang demikian isu berkenaan sedang dalam proses siasatan dan perlu diberi ruang kepada jawatankuasa khusus itu.

“Saya telah menerima usul ini pada 12 Feb lepas. Selepas meneliti perkara tersebut, saya mendapati jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat isu tersebut dan oleh sebab itu saya menolak usul ini,” kata Johari ketika prosiding Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Ramkarpal menyuarakan keperluan agar isu itu dibahaskan di dewan meskipun siasatan sedang berjalan, dengan alasan ia merupakan perkara yang mendapat perhatian utama awam dan perlu dibincangkan segera kerana melibatkan ketua agensi antirasuah.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1