theme-sticky-logo-alt
February 21, 2026
274 Views

“kekerasan yang tidak perlu”-Zainul Rijal

Seramai 10 individu yang terlibat dengan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) hari ini mengumumkan hasrat mereka untuk memfailkan saman terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan penahanan mereka sebelum perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada 7 Februari di ibu negara. Antara yang akan memulakan tindakan undang-undang itu ialah Shafiq Abdul Halim, bekas Ketua Penerangan... Read More

Seramai 10 individu yang terlibat dengan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah) hari ini mengumumkan hasrat mereka untuk memfailkan saman terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan penahanan mereka sebelum perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada 7 Februari di ibu negara.

Antara yang akan memulakan tindakan undang-undang itu ialah Shafiq Abdul Halim, bekas Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, serta aktivis Tamim Dahri — yang pernah direman selama dua hari di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan berkaitan siasatan terhadap mereka.

Shafiq dan sembilan lagi telah dibebaskan dengan jaminan polis sekitar jam 3 pagi pada 8 Februari, manakala seorang majistret telah mengarahkan pembebasan Tamim pada malam berikutnya sebelum jam 8 malam.

Peguam mereka, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata kerajaan dan polis akan dinamakan sebagai responden dalam saman itu, dengan permohonan agar mahkamah mengisytiharkan bahawa penahanan terhadap anak guamnya adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Zainul berkata anak guamnya juga menuntut ganti rugi, kos, serta sebarang remedi lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

“kekerasan yang tidak perlu” dan penggunaan kekerasan berlebihan oleh pegawai penguatkuasa, yang didakwa gagal mematuhi piawaian operasi yang betul dan bertindak dengan “niat tidak wajar”.

Beliau menambah mereka akan mempertimbangkan tindakan fitnah sekiranya terdapat kenyataan rasmi atau tidak rasmi yang menggambarkan kumpulan itu sebagai “jenayah atau ancaman tanpa asas yang sah”.

“Isu ini bukan isu perkauman atau keagamaan tetapi adalah isu rule of law dan had kuasa penguatkuasaan,” kata Zainul dalam kenyataannya.

Zainul menjelaskan bahawa notis tuntutan akan diberikan kepada kerajaan dan polis dalam masa terdekat, selepas itu pihak responden akan diberikan masa 14 hari untuk memberikan respons rasmi sebelum prosiding mahkamah difailkan. -Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading