theme-sticky-logo-alt
February 20, 2026
212 Views

Yes or no? Itu sahaja soalan saya – Caprice

Caprice atau nama sebenar Ariz bin Ramli, hari ini mengesahkan beliau telah menghantar notis tuntutan kepada Rafizi Ramli susulan dakwaan bahawa beliau memfitnah menteri ekonomi itu terlibat dalam rasuah RM2.5 bilion. Dalam sidang media di firma guaman Lee & Poh Partnership, Bangsar South, Caprice berkata beliau tidak pernah menyebut angka RM2.5 bilion atau menuduh Rafizi terlibat... Read More

Caprice atau nama sebenar Ariz bin Ramli, hari ini mengesahkan beliau telah menghantar notis tuntutan kepada Rafizi Ramli susulan dakwaan bahawa beliau memfitnah menteri ekonomi itu terlibat dalam rasuah RM2.5 bilion.

Dalam sidang media di firma guaman Lee & Poh Partnership, Bangsar South, Caprice berkata beliau tidak pernah menyebut angka RM2.5 bilion atau menuduh Rafizi terlibat dalam rasuah.

“Tiada video saya yang menyebutkan RM2.5 bilion atau rasuah. Apa yang saya tanya hanyalah satu soalan – adakah wujud konflik kepentingan? Itu sahaja,” katanya.

Isu ‘conflict of interest’

Menurut Caprice, persoalan itu timbul selepas beliau menerima maklumat mengenai hubungan lama antara Rafizi dan seorang individu dikenali sebagai Lee Chu Hu yang pernah bersama dalam syarikat Invoke Solutions.

Beliau turut merujuk kepada gambar rasmi pelancaran National Energy Transition Roadmap pada 27 Julai 2023 yang memaparkan Rafizi bersama individu berkenaan.

Caprice menegaskan:

“Disebabkan mereka pernah duduk sama-sama dalam Invoke, bukankah itu boleh jadi satu conflict of interest? Yes or no? Itu sahaja soalan saya.”

Beliau berkata, jika hubungan tersebut tidak pernah wujud, beliau tidak akan membangkitkan perkara berkenaan.

Tuntutan tarik balik kenyataan sebelum 5 petang

Peguam Caprice memaklumkan satu notis tuntutan telah dihantar sekitar jam 2.30 petang tadi, antara lain menuntut:

  1. Penarikan balik kenyataan yang didakwa berunsur fitnah

  2. Pemadaman semua hantaran berkaitan

  3. Permohonan maaf secara terbuka

Caprice memberi tempoh sehingga jam 5 petang hari ini untuk tindakan diambil.

“Failing which, we intend to file legal proceedings,” kata peguamnya.

Sehingga sidang media berakhir, pihak Caprice memaklumkan belum menerima sebarang maklum balas daripada Rafizi.

“Jangan drag saya dalam perang politik”

Dalam nada lebih peribadi, Caprice merayu agar beliau tidak dijadikan sasaran dalam “political warfare”.

“Do not drag Caprice dalam political warfare. Saya hanya tanya soalan. Kalau Rafizi boleh soal orang lain, kenapa saya tak boleh soal beliau?”

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk berdamai dan menyelesaikan isu itu secara baik sempena Ramadan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading