theme-sticky-logo-alt
April 15, 2026
44 Views

Harga Diesel Di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Dikekalkan

KUALA LUMPUR: Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter kerana diesel bukan setakat bahan api bagi mereka malah juga nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian. Menurut Awani Kementerian Kewangan (MOF) keluasan geografi yang 60 peratus lebih besar daripada Semenanjung Malaysia, serta bentuk muka bumi yang mencabar menjadikan penduduk Sabah, Sarawak... Read More

KUALA LUMPUR: Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter kerana diesel bukan setakat bahan api bagi mereka malah juga nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian.

Menurut Awani Kementerian Kewangan (MOF) keluasan geografi yang 60 peratus lebih besar daripada Semenanjung Malaysia, serta bentuk muka bumi yang mencabar menjadikan penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan lebih bergantung kepada komoditi itu.

MOF menjelaskan diesel digunakan secara meluas di Sabah, Sarawak dan Labuan untuk penjanaan elektrik dan aktiviti ekonomi seperti pengangkutan dan perikanan.

“Kawasan pedalaman yang luas dengan bentuk muka bumi mencabar mengehadkan akses jalan raya, oleh itu penduduk bergantung kepada pengangkutan air dan kenderaan berat seperti pacuan empat roda.

“Liputan elektrik dan infrastruktur tidak menyeluruh di sesetengah kawasan luar bandar, jadi, diesel menjadi sumber tenaga utama untuk kehidupan harian,” menurut MOF menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading