PUTRAJAYA: Kerajaan sekali lagi mengesahkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel yang dihantar ke Filipina sebelum ini bukan hasil yang dicari gali di Malaysia.
Menurut Berita Harian Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata ia bukan minyak yang diperoleh daripada mana-mana telaga di negara ini.
“Cuma saya nak sebut sebab ditanya mengenai diesel tadi, minyak yang sampai ke Filipina itu bukan minyak dari perut bumi Malaysia. Disahkan,” katanya.
Isu membabitkan penghantaran minyak ke Filipina sebelum ini menjadi perbincangan hangat dalam kalangan rakyat ketika Malaysia sedang berdepan kesan krisis tenaga berikutan konflik di Asia Barat.







