theme-sticky-logo-alt
February 20, 2026
108 Views

‘Odds’ Zahid jadi PM makin pendek, kata KJ–Shahril

Dua bekas pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, berpandangan kebarangkalian Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk muncul sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) semakin meningkat. Dalam audiosiar Keluar Sekejap, mereka menggambarkan situasi semasa politik sebagai menjadikan peluang Zahid – yang sebelum ini dianggap “improbable” – kini “quite probable”, walaupun belum tentu... Read More

Dua bekas pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, berpandangan kebarangkalian Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk muncul sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) semakin meningkat.

Dalam audiosiar Keluar Sekejap, mereka menggambarkan situasi semasa politik sebagai menjadikan peluang Zahid – yang sebelum ini dianggap “improbable” – kini “quite probable”, walaupun belum tentu menjadi calon pilihan utama.

“Kalau ada polimarket untuk siapa paling mungkin jadi perdana menteri selepas pilihan raya akan datang, odds Zahid makin pendek,” kata Khairy.

Shahril bersetuju dengan penilaian itu, menyifatkan dalam pelbagai konfigurasi pasca-PRU, Umno berpotensi menjadi penentu utama pembentukan kerajaan.

Umno ‘kingmaker’ dalam pelbagai konfigurasi

Menurut mereka, walaupun Umno mungkin hanya memenangi sekitar 30 kerusi – peningkatan kecil berbanding 26 ketika ini – jumlah itu sudah memadai untuk memainkan peranan sebagai penentu sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal atau digantikan.

Shahril menegaskan dalam senario bukan-Anwar, beberapa nama lain boleh muncul, termasuk pemimpin dari Sarawak atau tokoh seperti Hamzah Zainudin. Namun, dalam banyak kemungkinan, Umno akan menjadi parti kunci.

“Kalau tak nak Anwar, ini sahaja jalannya – UMNO,” kata mereka, merujuk kepada sentimen sebahagian pemain politik yang dikatakan mempunyai masalah dengan kepimpinan Anwar.

Khairy turut menyebut terdapat lebih ramai pelakon politik yang “ada masalah dengan PMX” berbanding dengan Zahid, sekali gus membuka ruang kepada presiden Umno itu sebagai alternatif kompromi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading