theme-sticky-logo-alt
February 20, 2026
111 Views

Khalid Samad: Amanah Bersiap Sedia Untuk Pertandingan Tiga Penjuru

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyatakan kesediaannya menghadapi kemungkinan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor sekiranya Barisan Nasional (BN) memilih untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pembahagian kerusi. Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata parti itu sudah mula menggerakkan jentera bagi menghadapi senario tersebut sekiranya rundingan kerusi... Read More

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyatakan kesediaannya menghadapi kemungkinan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor sekiranya Barisan Nasional (BN) memilih untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam pembahagian kerusi.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata parti itu sudah mula menggerakkan jentera bagi menghadapi senario tersebut sekiranya rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan dalam Kerajaan Perpaduan tidak mencapai persetujuan.

Beliau menjelaskan bahawa pihaknya masih mengharapkan keikhlasan PH dalam kesepakatan dan mencorakkan keputusan BN.

“Tapi pada masa sama Amanah akan gerak jenteranya mulai sekarang untuk hadapi kemungkinan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti kegilaan Akmal (Saleh). 

Khalid menegaskan kenyataan tersebut bukan merupakan cabaran atau amaran kepada mana-mana pihak, tetapi sekadar menyatakan realiti politik yang perlu dihadapi sekiranya tiada kata sepakat dicapai. – Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading