theme-sticky-logo-alt
February 20, 2026
160 Views

Serangan terhadap UMNO mungkin kembali

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, berpandangan kemungkinan Pakatan Harapan (PH) mengubah strategi sekiranya melihat ancaman kebangkitan UMNO semakin nyata. Menurut mereka, sebelum ini isu-isu lama berkaitan UMNO tidak dimainkan secara agresif kerana parti-parti yang lazimnya menyerang kini berada dalam kerajaan bersama. Namun, jika terdapat bayangan bahawa Zahid berpotensi menjadi perdana menteri, mereka menjangkakan naratif seperti... Read More

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, berpandangan kemungkinan Pakatan Harapan (PH) mengubah strategi sekiranya melihat ancaman kebangkitan UMNO semakin nyata.

Menurut mereka, sebelum ini isu-isu lama berkaitan UMNO tidak dimainkan secara agresif kerana parti-parti yang lazimnya menyerang kini berada dalam kerajaan bersama.

Namun, jika terdapat bayangan bahawa Zahid berpotensi menjadi perdana menteri, mereka menjangkakan naratif seperti “takkan nak kembali kepada UMNO” atau “takkan Zahid jadi PM” mungkin kembali diketengahkan, termasuk dari dalam PKR sendiri.

UMNO dilihat stabil ketika parti lain bergolak

Antara faktor yang disebut ialah persepsi kestabilan dalaman UMNO berbanding parti lain yang berdepan ketegangan dalaman.

Walaupun kedua-dua hos itu sendiri pernah dikenakan tindakan disiplin parti, mereka mengakui UMNO kini kelihatan tersusun dan tidak menunjukkan perpecahan terbuka.

Khairy memberi contoh bagaimana Zahid mengurus perbezaan pendapat dengan Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh, tanpa mencetuskan “rupture” dalam parti.

Sebaliknya, mereka mendakwa parti lain turut berdepan ketegangan dalaman, termasuk PAS yang disebut mempunyai perbezaan antara kelompok ulama dan bukan ulama.

Kesan PRN Melaka, Johor

Satu lagi faktor yang diketengahkan ialah kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) tidak diadakan serentak dengan PRU.

Menurut mereka, jika Umno meraih kemenangan besar di Melaka dan Johor dalam PRN lebih awal, ia boleh mencetuskan “credibility bounce” menjelang PRU.

“Kalau net-net lebih baik daripada sekarang, dan kalau capai 40 kerusi, you call the shots,” kata Khairy.

Bagaimanapun, Shahril mengingatkan bahawa kemenangan di peringkat negeri tidak semestinya diterjemah kepada kemenangan mutlak di peringkat persekutuan, namun tetap boleh memperkukuh kedudukan tawar-menawar Umno.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading