theme-sticky-logo-alt
February 20, 2026
147 Views

‘10 Tahun Cukuplah’ – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun disegerakan dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang. Anwar berkata tempoh sedekad dianggap mencukupi bagi seorang Perdana Menteri untuk melaksanakan agenda pembaharuan dan dasar utama negara, sebelum memberi peluang kepada kepimpinan... Read More

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun disegerakan dan diluluskan dalam sidang Parlimen akan datang.

Anwar berkata tempoh sedekad dianggap mencukupi bagi seorang Perdana Menteri untuk melaksanakan agenda pembaharuan dan dasar utama negara, sebelum memberi peluang kepada kepimpinan baharu meneruskan khidmat. Beliau berkata itu adalah prinsip asas reformasi institusi bagi memperkukuh amalan demokrasi dan tadbir urus negara.

“Saya ingat sesiapa yang mahu berkhidmat dengan ikhlas kepada negara, 10 tahun tu cukuplah, memadai untuk dia lakukan sebaiknya dan selepas itu sepatutnya dia sedia untuk melepaskan untuk rakan-rakan lain meneruskan khidmat… dan kalau ada konsensus majoriti Ahli Parlimen, kita boleh luluskan dalam sidang akan datang,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Seri Cheeding, Banting.

Anwar turut menegaskan bahawa cadangan itu akan terpakai ke atas dirinya sendiri terlebih dahulu, seiring dengan prinsip bahawa undang-undang yang dicadangkan perlu mendahului pemimpin yang mencadangkannya.

“Ya, dia bermula daripada sayalah. Maknanya, jangan saya buat undang-undang untuk orang lain. Undang-undang itu mesti terpakai untuk saya dulu,” katanya.

Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dirancang untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang yang akan datang dan dijangka menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan menyemak serta memperkukuh struktur kepimpinan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, sebelum ini dilaporkan akan membawa RUU itu ke Dewan Rakyat Isnin depan. – Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading