theme-sticky-logo-alt
April 22, 2026
15 Views

“Tidak Bersalah,”-Hazri Hassan

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan melibatkan dana Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) berjumlah lebih RM130,000. Menurut Berita Harian Hazri, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan... Read More

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan melibatkan dana Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) berjumlah lebih RM130,000.

Menurut Berita Harian Hazri, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham, saya tidak mengaku bersalah,” katanya.

Bagi pertuduhan pertama, Hazri didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pengarah JUPEM dan Pengerusi LJT untuk memperoleh suapan berupa dana LJT berjumlah RM30,201.16 dan RM105,914 untuk diri sendiri dengan mengambil bahagian dalam Mesyuarat Lembaga LJT.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengambil bahagian dalam Mesyuarat Lembaga LJT yang membincangkan mengenai penyertaannya dalam “Mesyuarat LJT dan JUPEM bersama Profesor Dr Shaikh Mohamed Zaffar Sadiq Mohamed Ghouse – Naib Presiden dan Pengarah Penasihat & Inovasi Woolpert serta Mesyuarat Plenari ke-5 Kumpulan Peringkat Tinggi bagi Rangka Kerja Maklumat Geospatial Bersepadu dan Mesyuarat Biro serta Biro Diperluas bagi Jawatankuasa Pakar”.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Aras 7, Wisma LJT, Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati pada 3 dan Ogos 2024, serta di bilik Park View 2, Mandarin Oriental Hotel pada 31 Disember 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading