theme-sticky-logo-alt
February 20, 2026
145 Views

“Yang Penting Selamatkan PN Dulu,”- Hadi Awang

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata parti itu berhasrat untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang, namun menegaskan keputusan muktamad masih belum dibuat dan perlu dibincangkan bersama kepimpinan Perikatan Nasional (PN). Menurut Hadi, kedudukan Ketua Pembangkang akan dibincangkan dalam kalangan pimpinan dan parti komponen terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diumumkan. “Kita belum buat keputusan lagi, tengok... Read More

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata parti itu berhasrat untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang, namun menegaskan keputusan muktamad masih belum dibuat dan perlu dibincangkan bersama kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Hadi, kedudukan Ketua Pembangkang akan dibincangkan dalam kalangan pimpinan dan parti komponen terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diumumkan.

“Kita belum buat keputusan lagi, tengok dulu. Ketua Pembangkang belum ada keputusan lagi,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan terbaru berkaitan kedudukan tersebut.

Bagaimanapun, beliau mengakui PAS memang mempunyai hasrat untuk mengambil alih jawatan berkenaan sekiranya berlaku kekosongan.

“Ya, memang kita berhasrat nak ambil alih,”

Mengulas spekulasi mengenai kemungkinan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin atau Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, mengambil langkah menubuhkan parti baharu, Hadi berkata perkara itu belum dibincangkan secara rasmi.

“Itu terpulang pada dia. Kita tak bincang dengan dia soal parti baru,”

Hadi turut mengesahkan bahawa beliau ada bertemu dengan beberapa pihak termasuk Hamzah, namun pertemuan tersebut adalah sebahagian daripada usaha mencari penyelesaian terhadap kemelut dalaman.

“Semua pihak jumpa saya… masing-masing ada hujah masing-masing,” katanya.

Menurutnya, keutamaan ketika ini adalah memastikan Perikatan Nasional kekal kukuh dan tidak berpecah.

“Yang penting kita nak selamatkan Perikatan Nasional dulu,” tegasnya.

Beliau menambah, usaha mengekalkan kestabilan pembangkang perlu melibatkan semua pihak sekiranya mahu terus memainkan peranan berkesan dalam landskap politik negara.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading