theme-sticky-logo-alt
February 14, 2026
192 Views

Polis Mulakan Siasatan Terhadap Bloomberg

KUALA LUMPUR — Bukit Aman membuka siasatan jenayah terhadap agensi berita antarabangsa Bloomberg susulan penerbitan satu artikel pada 10 Februari 2026 yang menyentuh dakwaan pegangan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Siasatan itu dimulakan selepas polis menerima laporan berhubung kandungan artikel berkenaan yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah... Read More

KUALA LUMPUR — Bukit Aman membuka siasatan jenayah terhadap agensi berita antarabangsa Bloomberg susulan penerbitan satu artikel pada 10 Februari 2026 yang menyentuh dakwaan pegangan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Siasatan itu dimulakan selepas polis menerima laporan berhubung kandungan artikel berkenaan yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta boleh menjejaskan reputasi dan integriti beliau.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah polis persekutuan M Kumar siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

Dalam perkembangan sama, polis Kuala Lumpur dilaporkan menerima tiga laporan berkaitan artikel tersebut, termasuk dua laporan yang mendakwa kandungan itu mengandungi maklumat palsu dan berniat mencemarkan reputasi SPRM, manakala satu lagi laporan dibuat bagi menyokong penerbitan artikel berkenaan.

Terdahulu, Azam Baki dilaporkan telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Bloomberg, dengan menegaskan laporan itu adalah mengelirukan serta merosakkan reputasi beliau dan integriti suruhanjaya yang diterajui. Beliau juga menafikan sebarang salah laku serta menegaskan bahawa urus niaga saham yang dirujuk telah diurus dan dilupuskan mengikut peraturan serta dibuat pengisytiharan sewajarnya.-MalaysiaKini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading