theme-sticky-logo-alt
February 10, 2026
71 Views

Didakwa Bunuh Teman Wanita, Penganggur Hadapi Hukuman Mati

Seorang penganggur berusia 44 tahun, Lim Chee Seong, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Yong Peng, Batu Pahat atas tuduhan membunuh teman wanitanya, dalam kejadian yang berlaku akhir bulan lalu. Tertuduh mengangguk memahami pertuduhan tersebut apabila ia dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass, namun tiada pengakuan dicatatkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang... Read More

Seorang penganggur berusia 44 tahun, Lim Chee Seong, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Yong Peng, Batu Pahat atas tuduhan membunuh teman wanitanya, dalam kejadian yang berlaku akhir bulan lalu.

Tertuduh mengangguk memahami pertuduhan tersebut apabila ia dibacakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass, namun tiada pengakuan dicatatkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Lim didakwa menyebabkan kematian Lim Bee Lan, 41, di sebuah rumah di Taman Damai, Batu Pahat antara 10 malam pada 26 Jan hingga 11 pagi 27 Jan lepas. Seksyen ini memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan hingga 12 kali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Firdaus Ruslan, manakala Lim tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak membenarkan jaminan, dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 April depan.

Menurut polis Batu Pahat, mayat mangsa ditemui di rumah tersebut selepas keluarga tidak dapat menghubungi beliau selama tiga hari. Pemeriksaan juga menemui seorang lelaki dalam keadaan kritikal dengan kecederaan kelar di leher dan pergelangan tangan, dipercayai tertuduh sendiri.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading