theme-sticky-logo-alt
February 4, 2026
70 Views

‘OPS Sapu’ Labuan Bongkar Pendatang Tanpa Dokumen

LABUAN – Jabatan Imigresen Labuan menahan 10 warga China dalam satu operasi penguatkuasaan di beberapa premis kediaman di pulau bebas cukai itu, semalam. Operasi dikenali sebagai ‘Ops Sapu’ melibatkan seramai 18 pegawai penguat kuasa dan diketuai oleh Fatrick James. Ia dijalankan di empat kawasan perumahan sekitar Labuan bermula tengah malam hingga 1.30 pagi, hasil maklumat... Read More

LABUAN – Jabatan Imigresen Labuan menahan 10 warga China dalam satu operasi penguatkuasaan di beberapa premis kediaman di pulau bebas cukai itu, semalam.

Operasi dikenali sebagai ‘Ops Sapu’ melibatkan seramai 18 pegawai penguat kuasa dan diketuai oleh Fatrick James. Ia dijalankan di empat kawasan perumahan sekitar Labuan bermula tengah malam hingga 1.30 pagi, hasil maklumat orang awam serta risikan jabatan.

Pengarah Imigresen Labuan, Raymond Entalai berkata seramai 20 warga China terdiri daripada 15 lelaki dan lima wanita telah diperiksa dalam operasi tersebut.

Daripada jumlah itu, 10 individu ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.

Menurut beliau, beberapa individu cuba melarikan diri melalui pintu belakang premis ketika pemeriksaan dijalankan, namun kesemua suspek berjaya diberkas tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Tambahnya, empat saman turut dikeluarkan kepada saksi bagi membantu siasatan dan semua individu yang ditahan telah dibawa ke lokap polis Labuan.

Jabatan Imigresen akan terus melaksanakan operasi bagi mengesan, menahan, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau turut mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin, serta menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kesalahan imigresen supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa. – Bernama

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading