theme-sticky-logo-alt
February 4, 2026
198 Views

Kajian Pilihan Raya PBT, Kaedah Pilih Datuk Bandar KL Turut Dinilai — Hannah Yeoh

Kerajaan sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung cadangan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk meneliti kaedah pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata kajian itu merangkumi aspek perundangan, kos pelaksanaan serta tahap kesiapsiagaan struktur pentadbiran sedia ada, selain mengambil kira hubungan bidang kuasa antara kerajaan persekutuan,... Read More

Kerajaan sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung cadangan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk meneliti kaedah pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata kajian itu merangkumi aspek perundangan, kos pelaksanaan serta tahap kesiapsiagaan struktur pentadbiran sedia ada, selain mengambil kira hubungan bidang kuasa antara kerajaan persekutuan, negeri dan pihak tempatan.

Menurutnya, isu pilihan raya PBT bukan perkara baharu dan telah beberapa kali dibangkitkan sebelum ini, namun pelaksanaannya memerlukan penelitian menyeluruh serta kemungkinan pindaan undang-undang tertentu.

“Ini bukan sekadar soal undi. Ia melibatkan persempadanan kawasan, daftar pemilih dan mekanisme pengundian. Semua perlu diteliti secara terperinci,” katanya.

Dalam masa sama, Hannah menegaskan kajian tersebut tidak bermakna keputusan untuk melaksanakan pilihan raya PBT telah dimuktamadkan, sebaliknya bertujuan mengumpul data serta pandangan pelbagai pihak sebelum sebarang dasar diputuskan.

Cadangan pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur melalui proses pilihan raya turut menjadi antara komponen yang dinilai, mengambil kira kedudukan ibu negara di bawah pentadbiran persekutuan serta struktur pentadbiran yang berbeza berbanding PBT lain.

Pilihan raya PBT sering menjadi perdebatan dalam kalangan ahli politik dan masyarakat sivil, khususnya berkait soal akauntabiliti pentadbiran tempatan serta tahap penyertaan rakyat dalam proses membuat keputusan di peringkat bandar. – Harian Metro

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading