theme-sticky-logo-alt
November 28, 2026
18 Views

Abang Johari Menang Tanpa Bertanding Di Gedong

GEDONG – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang tanpa bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, sekali gus mengekalkan kerusi itu bagi penggal kedua. Kemenangan itu disahkan oleh  Jamain Wahab  selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, Sabtu, dengan Abang Johari menjadi... Read More

GEDONG – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang tanpa bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, sekali gus mengekalkan kerusi itu bagi penggal kedua.

Kemenangan itu disahkan oleh  Jamain Wahab  selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, Sabtu, dengan Abang Johari menjadi satu-satunya calon yang disahkan layak bertanding bagi kerusi berkenaan.

Mengikut prosedur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pegawai Pengurus Pilihan Raya akan mengisytiharkan seseorang calon menang tanpa bertanding sekiranya hanya seorang calon layak selepas proses penamaan selesai.

Terdahulu, calon Bebas, Sahari Pet, 75, hadir di Pusat Penamaan Calon Dewan Masyarakat Gedong bersama pencadang dan penyokongnya. Abang Johari pula tiba sekitar 8.40 pagi sebelum menyerahkan borang pencalonannya.

“Dengan ini, saya mengumumkan bahawa Abang Abdul Rahman Johari bin Abang Openg dari parti Gabungan Parti Sarawak disahkan telah menang tanpa bertanding dan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bahagian pilihan raya negeri N.26 Gedong,” katanya.

Kemenangan tanpa bertanding itu membolehkan Abang Johari mempertahankan kerusi Gedong bagi penggal kedua.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12), Abang Johari mencatat kemenangan sulung di DUN Gedong selepas memperoleh 4,310 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau ketika itu menewaskan tiga calon lain untuk memenangi kerusi berkenaan.

Sumber:Awani,Berita Harian

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1