theme-sticky-logo-alt
November 27, 2026
24 Views

Perak Benar Bayaran Premium Tanah Secara Ansuran Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

IPOH: Pemilik tanah berpendapatan rendah di Perak yang berdepan kekangan kewangan boleh memohon pembayaran premium tanah secara ansuran bagi melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka. Selain kemudahan ansuran, kerajaan negeri turut menyediakan ruang rayuan pengurangan premium kepada golongan yang layak, termasuk miskin tegar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani... Read More
IPOH: Pemilik tanah berpendapatan rendah di Perak yang berdepan kekangan kewangan boleh memohon pembayaran premium tanah secara ansuran bagi melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka.
Selain kemudahan ansuran, kerajaan negeri turut menyediakan ruang rayuan pengurangan premium kepada golongan yang layak, termasuk miskin tegar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, permohonan pembayaran secara ansuran perlu disertakan dengan surat aku janji untuk menjelaskan bayaran dalam tempoh munasabah, tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Khamis.
Dalam usaha mempercepatkan urusan pentadbiran tanah, Pentadbir Tanah Daerah turut diberikan kuasa mempertimbangkan permohonan pelanjutan pajakan bagi tanah kediaman berstatus hak milik pajakan mukim seluas sehingga 0.8 hektar.
Pengarah Tanah dan Galian Perak pula diberikan kuasa meluluskan permohonan bagi hak milik pajakan negeri kategori kediaman sehingga lapan hektar.
Kemudahan tersebut bertujuan meringankan beban kewangan rakyat, memelihara kepentingan pemilik tanah serta mempercepatkan proses permohonan tanpa mengabaikan peruntukan undang-undang sedia ada.
Bagaimanapun, setiap permohonan ansuran dan rayuan pengurangan premium akan dinilai berdasarkan kelayakan pemohon serta tertakluk kepada keputusan PBN.
15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1