theme-sticky-logo-alt
November 27, 2026
47 Views

“Dokumen Sudah Dinyahklasifikasi Apa Lagi Perlu Disiasat?”-Tony Pua

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mempersoalkan keperluan siasatan polis terhadap hantaran Facebook yang dengan berkaitan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Datuk Seri Najib Razak. Pua berkata demikian selepas selesai memberikan keterangan kira-kira 45 minit di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini. “Pada pandangan saya, perkara ini sebenarnya tidak perlu disiasat kerana dokumen... Read More

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mempersoalkan keperluan siasatan polis terhadap hantaran Facebook yang dengan berkaitan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Pua berkata demikian selepas selesai memberikan keterangan kira-kira 45 minit di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

“Pada pandangan saya, perkara ini sebenarnya tidak perlu disiasat kerana dokumen berkenaan sudah dinyahklasifikasikan.

“Menteri juga sudah menjawab perkara itu di Parlimen dan mengesahkan bahawa dokumen tersebut telah dinyahklasifikasikan. Jadi, apa lagi yang hendak disiasat?” katanya.

Menurut Berita Harian, polis turut bertanyakan kandungan hantaran Facebook yang diterbitkannya pada 18 November, termasuk beberapa halaman minit berkenaan serta istilah yang digunakannya ketika mengulas kandungan dokumen itu.

Beliau mengakui hantaran tersebut diterbitkan sendiri dan berkata akan menjawab di mahkamah sekiranya didapati melakukan sebarang kesalahan.

PDRM sebelum ini menerima 55 laporan polis berhubung hantaran Pua dan membuka siasatan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kerajaan pula telah mengesahkan minit berkenaan dinyahklasifikasikan bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara menyediakan afidavit balas dalam prosiding mahkamah. Namun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan status dokumen sebagai telah dinyahklasifikasi tidak menghalang polis menyiasat dakwaan kebocoran dan cara dokumen itu tersebar kepada umum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut menafikan kerajaan, BHEUU atau Jabatan Peguam Negara menjadi pihak yang menyebarkan minit tersebut.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1