theme-sticky-logo-alt
November 27, 2026
23 Views

PDRM Buka Kertas Siasatan Tony Pua Dan Khoo Poay Tiong

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan berasingan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung dua isu yang tular di media sosial. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan terhadap Pua berkaitan hantaran Facebook yang mengandungi maklumat mengenai penyahklasifikasian dokumen... Read More

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan berasingan terhadap bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung dua isu yang tular di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan terhadap Pua berkaitan hantaran Facebook yang mengandungi maklumat mengenai penyahklasifikasian dokumen pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, sebanyak 55 laporan polis diterima berhubung hantaran berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam kes berasingan, Khoo pula disiasat susulan hantaran berkaitan arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengenai penutupan premis perniagaan ketika waktu solat Jumaat.

“Sebanyak dua laporan polis diterima berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Khalid berkata kedua-dua siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau menegaskan kedua-dua kes masih dalam peringkat siasatan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu proses tersebut.

PDRM turut mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan isu melibatkan agama, kaum dan institusi diraja atau 3R yang berpotensi menjejaskan keamanan serta keharmonian masyarakat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dengan sengaja membuat atau menyebarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1