theme-sticky-logo-alt
November 24, 2026
42 Views

“BN-PN Jika Sudah Berwuduk Eloklah Mandi Wajib,”-Mahfuz Omar

ALOR SETAR: Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) supaya merasmikan kerjasama politik mereka selepas kejayaan kedua-dua gabungan menguasai 24 daripada 28 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Dalam kenyataan hari ini, Mahfuz menggunakan analogi “berwuduk” dan “mandi wajib” bagi menyindir hubungan politik BN-PN yang menurutnya sudah... Read More

ALOR SETAR: Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) supaya merasmikan kerjasama politik mereka selepas kejayaan kedua-dua gabungan menguasai 24 daripada 28 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam kenyataan hari ini, Mahfuz menggunakan analogi “berwuduk” dan “mandi wajib” bagi menyindir hubungan politik BN-PN yang menurutnya sudah melangkaui persefahaman sementara.

“BN dan PN sudah berwuduk bersama di peti undi Melaka. Tetapi kalau hubungan politik itu sudah sampai ke tahap bersekongkol untuk menewaskan PH, jangan sekadar berwuduk. Mandi wajiblah!” katanya.

Keputusan rasmi SPR menyaksikan BN memenangi 21 kerusi, PN tiga dan Pakatan Harapan (PH) empat pada PRN Melaka 14 November lalu.

Mahfuz berkata UMNO perlu menjelaskan sama ada mahu terus memperkukuh Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bergerak ke arah kerjasama lebih formal dengan PN.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sebelum ini menyerahkan kepada Perdana Menteri keputusan sama ada mahu membubarkan Parlimen, memecat atau menggantung mana-mana pihak susulan ketegangan UMNO-DAP.

“UMNO yang memilih untuk bekerjasama dengan PAS dan PN. Maka UMNO sendirilah yang mesti berani menentukan kedudukannya,” kata Mahfuz.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengemukakan empat pilihan bagi menangani perbezaan dengan DAP, termasuk menggunakan mekanisme pengantaraan, meneruskan aturan sedia ada, menyemak perjanjian kerjasama atau pembubaran Parlimen.

Mahfuz menegaskan beliau tidak menolak kerjasama BN-PN, namun mahu hubungan itu dibuat secara terbuka supaya kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan tidak terus menimbulkan persoalan.

Sumber: Kenyataan Mahfuz Omar,SPR,Sinar Harian,Astro AWANI.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1