theme-sticky-logo-alt
November 24, 2026
26 Views

Belanjawan Perak 2027 Pecah Rekod Cecah RM1.693 Bilion

IPOH: Kerajaan Negeri Perak membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.693 bilion, sekali gus menjadi belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata daripada jumlah itu, RM1.1 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM593 juta untuk perbelanjaan pembangunan. Jumlah tersebut meningkat berbanding Belanjawan Perak 2026 yang berjumlah RM1.61 bilion, dengan peruntukan pembangunan... Read More

IPOH: Kerajaan Negeri Perak membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.693 bilion, sekali gus menjadi belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata daripada jumlah itu, RM1.1 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM593 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

Jumlah tersebut meningkat berbanding Belanjawan Perak 2026 yang berjumlah RM1.61 bilion, dengan peruntukan pembangunan bertambah RM25 juta atau 4.4 peratus. Peruntukan pembangunan RM593 juta itu juga merupakan yang tertinggi pernah direkodkan negeri.

Bertemakan “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera: Hasil Dirasa, Keyakinan Dibina”, belanjawan itu memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan negeri, pembangunan modal insan, kelestarian alam sekitar serta keterjaminan bekalan makanan.

Saarani berkata belanjawan tersebut dirangka sebagai kesinambungan kepada agenda pembangunan menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030.

Kerajaan negeri mengunjurkan Hasil dan Terimaan Pembangunan sebanyak RM1.565 bilion, meningkat RM47 juta berbanding 2026.

Jumlah itu merangkumi hasil cukai sebanyak RM719 juta, hasil bukan cukai RM554 juta, terimaan bukan hasil RM250 juta dan terimaan pembangunan RM42 juta.

Berdasarkan unjuran hasil dan perbelanjaan itu, Belanjawan Perak 2027 dirangka dengan defisit sebanyak RM128 juta.

Bagaimanapun, Saarani menegaskan unjuran defisit tidak semestinya menggambarkan kedudukan kewangan sebenar negeri pada penghujung tahun.

Beliau berkata Belanjawan 2026 sebelum ini turut dirangka dengan defisit RM95.5 juta, namun kutipan hasil negeri sudah mencecah RM1.244 bilion setakat 23 November 2026.

Kerajaan negeri menjangkakan Perak sekali lagi mencatat lebihan kewangan pada penghujung 2026, sekali gus melengkapkan rekod surplus selama lima tahun berturut-turut.

Perak merekodkan lebihan RM29.6 juta pada 2022, RM62.4 juta pada 2023, RM45.6 juta pada 2024 dan RM87.92 juta pada 2025.

Sumber: MG Perak; Pembentangan Belanjawan Perak 2027.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1