theme-sticky-logo-alt
November 13, 2026
27 Views

“Pembangunan Bandar Perak Perlu Cekap Dan Beri Manfaat Kepada Rakyat,”-Saarani Mohamad

TANJUNG MALIM: Perancangan awal, pelaksanaan yang cekap serta manfaat terus kepada rakyat perlu menjadi tiga keutamaan utama dalam pembangunan bandar di Perak. Menurut Berita RTM, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keperluan asas termasuk perumahan, pengangkutan, sistem saliran dan kemudahan awam perlu dirancang lebih awal selaras dengan perkembangan kawasan perindustrian, kemasukan pelaburan serta... Read More

TANJUNG MALIM: Perancangan awal, pelaksanaan yang cekap serta manfaat terus kepada rakyat perlu menjadi tiga keutamaan utama dalam pembangunan bandar di Perak.

Menurut Berita RTM, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keperluan asas termasuk perumahan, pengangkutan, sistem saliran dan kemudahan awam perlu dirancang lebih awal selaras dengan perkembangan kawasan perindustrian, kemasukan pelaburan serta pertambahan penduduk.

“Inilah tiga keutamaan yang saya harap menjadi pegangan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi perancang di Perak, iaitu merancang lebih awal, melaksanakan setiap perancangan dengan cekap serta memastikan hasilnya dapat dinikmati rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Perak 2026 di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim, di sini hari ini.

Menurut Saarani, PBT dan agensi teknikal juga perlu terus menambah baik kaedah kerja, memudahkan proses kelulusan serta mempercepat penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya, usaha mempercepat pembangunan tidak boleh mengabaikan aspek keselamatan, pemeliharaan alam sekitar serta kepentingan awam.

Beliau berkata, kejayaan pembangunan bandar pintar dan mampan tidak seharusnya dinilai berdasarkan pengiktirafan semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui kecekapan menangani aduan penduduk, penyelenggaraan kemudahan awam serta tindakan berkesan terhadap isu setempat termasuk banjir.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1